Terdapat kemungkinan untuk anda menghadapi "pelaku jahat" yang cuba menyamar sebagai pekerja Disney untuk mendapatkan akses kepada maklumat peribadi anda atau menipu anda. Amalan ini juga dikenali sebagai "pancingan data". Jika ragu-ragu, lawati my .disney.com dan pertimbangkan untuk menetapkan semula kata laluan anda agar akaun anda kekal selamat.
Pilih soalan yang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:
- Apakah yang perlu saya perhatikan?
- Apakah yang harus dilakukan jika saya menerima pautan yang mencurigakan?
- Apakah yang harus dilakukan jika saya sudah mengklik pautan?
Apakah yang perlu saya perhatikan?
Jika anda berasa ditekan atau tidak pasti, maklumat yang berikut ialah beberapa nota penting yang perlu diingati:
- Pekerja atau ejen/wakil Disney tidak akan sekali-kali meminta nombor kad kredit penuh, butiran akaun bank atau kata laluan anda melalui telefon atau semasa berbual
- Anda tidak akan sekali-kali diminta untuk membeli kad hadiah atau kiriman wang untuk membayar perkhidmatan anda
- Disney tidak akan sekali-kali memaparkan nombor telefon secara tiba-tiba dalam apl kami atau pada halaman web kami selain pada Pusat Bantuan Disney
- Secara amnya, Disney tidak akan menghalakan anda kepada pihak ketiga yang tidak dikenali untuk mendapatkan sokongan, namun, dalam sesetengah keadaan, mungkin wajar untuk menghubungi pihak yang mengurus pengebilan anda (Apple, Google, dsb.), pengeluar peranti atau rakan kongsi promosi untuk mendapatkan bantuan lanjut mengenai masalah yang berada di luar kawalan kami.
- Kami tidak akan sekali-kali mengarahkan anda untuk memasang perisian pihak ketiga untuk menyelesaikan masalah
- Berhati-hati dengan laman yang kelihatan seperti Disney tetapi bukan sedemikian. Laman Disney yang sah akan menyertakan titik sebelum "disney.com" (iaitu, support.disney.com)
- Disney tidak akan sekali-kali menghubungi anda melalui media sosial, e-mel, teks atau telefon untuk meminta bayaran atau maklumat akaun peribadi anda, seperti kata laluan atau butiran pengebilan
Apakah yang harus dilakukan jika saya menerima pautan yang mencurigakan?
Jika anda menerima e-mel atau teks yang mencurigakan, perkara yang berikut ialah beberapa petua untuk membantu anda kekal selamat:
- Jangan klik sebarang pautan atau buka sebarang lampiran
- Padamkan e-mel atau teks tersebut
- Jika anda tidak pasti sama ada pautan atau teks tersebut sah atau tidak, hubungi kami secara langsung
Apakah yang harus dilakukan jika saya sudah mengklik pautan?
Jika anda telah mengklik pautan yang anda fikir mungkin diragui atau memasukkan maklumat yang kini anda percaya telah dikumpulkan atas sebab yang berniat jahat, langkah yang berikut boleh membantu anda kekal dilindungi:
- Kemas kinikan kata laluan MyDisney* anda kepada kata laluan yang menggunakan gabungan aksara yang kukuh dan adalah unik kepada MyDisney
- Kemas kinikan mana-mana laman atau aplikasi tambahan yang telah anda gunakan alamat e-mel dan kata laluan yang sama
- Jika anda telah memasukkan sebarang maklumat kewangan, sebaiknya hubungi institusi kewangan anda untuk mengelakkan percubaan penipuan
- Jika anda fikir seseorang mungkin telah mengakses akaun MyDisney anda, anda boleh log keluar daripada akaun anda pada semua peranti atau menghubungi kami secara langsung
*Mengemaskinikan kata laluan anda akan mengemaskinikan maklumat log masuk MyDisney anda — perubahan ini akan digunakan pada perkhidmatan dan pengalaman lain yang menggunakan MyDisney merentas Keluarga Syarikat Walt Disney.